Berikut dikongsikan bersama teknik dan tips menjawab soalan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 013A yang menggunakan teknik yang selama ini digunapakai. Sekiranya bersesuaian dengan pelajar anda, silalah berkongsi demi manfaat bersama. Kepada yang kurang jelas mengenai teknik-teknik yang digunakan seperti 1,2 I Love You, +S -S, 1 IsWas 2 AreWere +Ing, dan 1 FewLit 2 MaMu Up Tick Down Cross, boleh hubungi SK Felda Redong. Teknik Rhythamic Grammatical Expression dan Gesture Helps! (akan dikongsikan tidak lama lagi) yang dipelopori oleh sekolah ini telah banyak membantu pelajar dalam mengingati 'grammar rules' dengan mudah. Ianya juga projek inovasi RELP dan beberapa teknik yang digunapakai telah banyak menerima anugerah diperingkat daerah dan negeri. Untuk Tips dan Teknik Kertas 013B dan 014 akan dikongsi juga tidak lama lagi. Saya berharap, dengan perkongsian ini, dpaat membantu guru-guru Bahasa Inggeris SK Felda Redong, khasnya sebagai salah satu cara untuk membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.
Untuk yang berminat untuk memanggil kami untuk mengadakan bengkel teknik menjawab, bayaran adalah seperti berikut :
Segamat Zon Labis / 1 hari persekolahan / RM300*
Segamat Zon Labis / 1 hari tidak bekerja (cuti am / cuti sekolah) / RM400*
Segamat / 1 hari persekolahan / RM500*
Segamat / 1 hari tidak bekerja (cuti am / cuti sekolah) / RM600*
Luar Daerah Segamat / RM700*
Luar Johor / RM1500*
*Gurau je!!!!
Good tips! Tq
ReplyDeleteGood tips! Tq
ReplyDeletetqvm for sharing...
ReplyDeleteVery good and useful tips. Thanks for sharing.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTQ very much....semoga Allah membalas jasa tuan yang membantu dengan berkongsi maklumat ini.
ReplyDelete