Kutipan duit buku dan yuran telah diadakan pada 31 Disember hingga 1 Januari. Kutipan dan jualan buku telah dijalankan di kantin sekolah dan jualan buku di Kedai Buku Sekolah. Encik Nazli, selaku guru yang bertanggungjawab telah mengadakan taklimat tentang kutipan duit buku dan yuran PIBG di Bilik Mesyuarat pada 30 Disember yang lalu.
Pendaftaran tahun 1 telah diadakan pada 1 Januari di dewan Seri Permata, SK Felda Redong. Ibubapa telah dimaklumkan tentang perjalanan Program Transisi dimana ianya akan dijalankan selama 3 minggu, bermula pada 3 Januari hingga 21 Januari.
Banyak aktiviti telah dirancang untuk menarik minat pelajar ke sekolah selain untuk menyesesuaikan diri pelajar dengan persekitaran yang baru, bersesuai dengan objektif dan matlamat Program Transisi.
Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi di Dewan Seri Permata yang juga disertai oleh sebilangan ibubapa pelajar baru dan lawatan dari pihak PPD Segamat, dimana Encik Rasid Bin Hamsan menjadi wakil pemantauan hari pertama persekolahan.
Dalam perhimpunan tersebut juga, pihak sekolah telah memberikan sumbangan beg sekolah yang di taja oleh Parlimen Sekijang. Hari pertama persekolahan telah berjalan dengan jayanya tanpa sebarang isu dan masalah. Program Penyayang juga telah digerakkan oleh Encik Muhamad Nor Syafiq, dengan mengadakan program bersalaman bersama dengan semua guru. Guru-guru bersalaman dengan semua pelajar sambil mengucapkan selamat datang, serta beramah mesra dan bergurau dengan pelajar-pelajar yang bersalaman.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang minggu ini.
Sedap sandwich tu
ReplyDeleteSedap sandwich tu
ReplyDeleteXrase pun..
ReplyDelete