Laman Blog Rasmi Sekolah

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Sunday, 31 January 2016

DINO KIDS TO THE RESCUE: GRAMMAR HELP FOR CHILDREN (Teaser)

Coming soon! Stay tuned.


Grammar help for kids aged 10-12. Great technique and tips to tackle grammatical items - especially English Paper 013 Section A. In less than 1 week, pupils able to answer the questions correctly - Tested & Proven. No money back guarantee, because these are all for free. :)



Sunday, 24 January 2016

THE WRITING MONKEY - A CREATIVE WRITING PROMPT BOOK FOR YOUNG WRITERS







RELP has came out with a writing initiative, purposely to encourage our pupils to write. The Writing Monkey e-book, is a guidebook for them to write creative stories. Equip with lists of adjectives, verbs and adverbs, this book hopefully not beneficial for our target group, the young aspiring writers, but to all student of all ages. 

Download the e-book here






Saturday, 23 January 2016

TIPS DAN TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS 013A


Berikut dikongsikan bersama teknik dan tips menjawab soalan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 013A yang menggunakan teknik yang selama ini digunapakai. Sekiranya bersesuaian dengan pelajar anda, silalah berkongsi demi manfaat bersama. Kepada yang kurang jelas mengenai teknik-teknik yang digunakan seperti 1,2 I Love You, +S -S, 1 IsWas 2 AreWere +Ing, dan 1 FewLit 2 MaMu Up Tick Down Cross, boleh hubungi SK Felda Redong. Teknik Rhythamic Grammatical Expression dan Gesture Helps! (akan dikongsikan tidak lama lagi) yang dipelopori oleh sekolah ini telah banyak membantu pelajar dalam mengingati 'grammar rules' dengan mudah. Ianya juga projek inovasi RELP dan beberapa teknik yang digunapakai telah banyak menerima anugerah diperingkat daerah dan negeri. Untuk Tips dan Teknik Kertas 013B dan 014 akan dikongsi juga tidak lama lagi. Saya berharap, dengan perkongsian ini, dpaat membantu guru-guru Bahasa Inggeris SK Felda Redong, khasnya sebagai salah satu cara untuk membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Harap bermanfaat.

Download .ppt (fonts n layout might be changed) 

























Untuk yang berminat untuk memanggil kami untuk mengadakan bengkel teknik menjawab, bayaran adalah seperti berikut :

Segamat Zon Labis / 1 hari persekolahan / RM300*
Segamat Zon Labis / 1 hari tidak bekerja (cuti am / cuti sekolah) / RM400*
Segamat / 1 hari persekolahan / RM500*
Segamat / 1 hari tidak bekerja (cuti am / cuti sekolah) / RM600*
Luar Daerah Segamat / RM700*
Luar Johor / RM1500*

*Gurau je!!!!





Friday, 22 January 2016

PROGRAM KURSUS KETRAMPILAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2016

Rentetan dari mesyuarat yang telah dijalankan pada 11 Januari yang lalu (lihat disini), pada 16hb yang lalu, telah berlangsungnya program Kursus Ketrampilan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber 2016. Program yang menggabungkan tenaga dan peserta dari dua buah sekolah iaitu SK Felda Redong dan SK Segamat Kecil ini, telah berjaya dijalankan. Program yang dilihat sebagai serampang dua mata ini bukan sahaja mencapai matlamat dan objektif program, tetapi telah mengeratkan lagi hubungan pelajar dan guru antara kedua-dua sekolah ini.

Program yang diselaraskan oleh Encik Mohamad Sharil Bin Baharom (Unit Disiplin dan Badan Pengawas), telah dijalankan di Kampung Orang Asli Segamat Kecil. Dengan tersusunnya program dan LDP yang membantu meningkatkan ketahanan mental dan fizikal pelajar kedua-dua sekolah ini, bukan sahaja membuatkan pelajar semakin berkepimpinan dan berketrampilan, tapi juga mampu mendedahkan pelajar kepada dua budaya yang berbeza. Tahniah untuk penyelaras kedua-dua buah sekolah ini, guru-guru dan pelajar yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Berikut adalah bingkisan sepanjang program dijalankan.





Aktiviti Outdoor






Di muzium orang asal Kampung Orang Asal Segamat Kecil








Sesi LDP





Perasmian program

MAJLIS PENUTUPAN RASMI PROGRAM TRANSISI

Pada 21hb Januari yang lalu, satu majlis penutup untuk Program Transisi yang telah dijalankan selama 3 minggu telah tiba dipenghujungnya. Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menunjukkan berakhirnya program transisi untuk pelajar tahun 1 dan bermulanya sesi pdp formal seperti pelajar lain.

Program 3 minggu ini, antaranya untuk menyemaikan sifat ingin kesekolah, sayangkan sekolah dan guru dan menanamkan disiplin dan tatacara sekolah. Program yang penutupan ini dirasmikan oleh wakil guru besar, Puan Hajah Faridah Bt Adzim, GPK 1 Kurikulum.

Semoga program yang telah disusun dan dirancang oleh Puan Fazliyati Bt Ishak, Guru Penyelaras Transisi ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Berikut adalah beberapa bingkisan sepanjang majlis penutupan ini.











Gambar-gambar semasa raptai (20hb Januari)


Taklimat semasa raptai hari penutupan. Cikgu Badrol gigih melatih persembahan bakat cilik ini.




Pelajar khusyuk mendengar taklimat untuk program.



 


Pelajar juga gembira kerana telah menerima bantuan pinjaman buku teks.


Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available