Laman Blog Rasmi Sekolah

Showing posts with label Laporan. Show all posts
Showing posts with label Laporan. Show all posts

Sunday, 13 March 2016

PROJEK INOVASI SEKOLAH: KIT KELAJUAN



Kit Kelajuan ini telah dipamerkan dalam Pameran Inovasi MOSTI/JPN Johor dan mendapat anugerah gangsa bagi kategori kumpulan. Kit ini dihasilkan kerjasama Cikgu Hairul Faizi Bin Mohamad (Sains), Cikgu Muhamad Nor Syafiq Bin Nor Elias (PJK), Cikgu Mohd Harits Bin Sumgap (KH) dan Cikgu Zalman Fitrie Bin Othman (BI).









Cikgu Syafiq sedang membentangkan kepada pengunjung dan hakim.


Wakil Daerah ke Pameran Inovasi MOSTI / JPN di IPTHO Batu Pahat. Tiada dalam gambar, Cikgu Harits.

Laporan oleh:



Cikgu Muhamad Nor Syafiq Bin Nor Elias
Unit ICT Redong


Tuesday, 1 March 2016

TEMPLATE FOR MARCH SUMMATIVE EXAM (PHASE 2) ENGLISH PAPERS



To all RELP members. The hardcopy of this item analysis and post mortem forms (transit forms) will be distributed today. Here is the link for the softcopy. Please take note that, one of the copies will be submitted to the Head Master / Senior Assistant 1 and another copy for the panitia file. Submission date is 7 days from this announcement is made. Thank you for your corporation.

ITEM ANALYSIS AND POSTMORTEM FORMS

Friday, 26 February 2016

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU



SK Felda Redong telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Februari ini antaranya MSSK, pelajar mewakili sekolah ke pertandingan-pertandingan peringkat zon, latihan pelajar untuk persediaan sukan MSSK, mesyuarat-mesyuarat,  LDP dan berjalan-jalan melawat tapak lokasi perkhemahan dan sebagainya.

Sila buat laporan dan masukkan gambar-gambar aktiviti di dalam blog sekolah sebagai perkongsian kepada ibubapa, pelajar dan guru-guru yang tidak terlibat atau sebagai makluman kepada semua pelawat blog sekolah ini.

JK Dokumentasi hendaklah menyerahkan laporan ringkas dan gambar kepada jawatankuasa blog sekolah (Cikgu Rosdi) untuk memuat naik berita kelaman blog sekolah. Sekiranya ingin memuat naik sendiri, cara-cara memuat naik bahan berita telah diberikan di dalam tutorial sebelum ini. 

Berita anda tanggungjawab anda. JK Blog Sekolah hanya menyelaras blog, menjawab maklum balas blog dan yang berkaitan dengan pembangunan blog dan bukan sebagai wartawan sampingan. Perkongsian berita dan makluman anda boleh mengelakkan dari Blog Laman Rasmi SK Felda Redong ini menjadi kosong dan tidak bermanfaat kepada pengunjung blog terutamanya pelajar dan ibubapa. 

Admin Blog Sekolah juga bersedia memberikan bengkel muat naik berita dan bahan secara percuma (dan tanpa kos tersembunyi) jika berminat. Ibarat kata Tuan Guru Besar, Ikhlas Itu Hebat. 

Harap maklum.




Saturday, 30 January 2016

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA TAHUN 6



Pada 28hb Januari yang lalu, pihak pentadbiran dan kurikulum sekolah telah mengadakan perjumpaan bersama ibubapa pelajar tahun dalam Program Permuafakatan Ibubapa Pelajar Tahun 6. Program tahunan ini dijalankan untuk mencapai kata sepakat antara ibubapa pelajar tahun 6 dengan pihak pentadbiran sekolah. Program yang dirancangkan dibawah salah satu program peningkatan UPSR pelajar sekolah ini, telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Permata, SK Felda Redong.

Antara agenda yang dijalankan ialah taklimat Tuan Guru Besar mengenai UPSR 2015 dan harapan untuk UPSR 2016. Pendedahan kepada penataran UPSR 2016 juga telah dijelaskan secara teperinci oleh Cikgu Mohamad Sharil. 

Seterusnya program lantikan JK Majlis Permuafakatan Ibubapa dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini. Diharapkan dengan kerjasama ibubapa dan penjaga yang telah memberikan komitmen mereka kepada anak-anak dan sekolah, akan membuahkan hasilnya.

Berikut adalah rakaman sepanjang peristiwa.


Jawatankuasa Pendaftaran, Puan Zaiton dan Puan Azizan. Puan Masdian (baju hijau) ditugaskan sebagai pengacara majlis untuk hari ini. Manakala Cikgu Hairul Faizi sedang leka mendengar taklimat dari Tuan Guru Besar,




Taklimat dari Tuan Guru Besar dan sekaligus meletakkan harapnnya agar SK Felda Redong dapat mencapai keputusan UPSR yang lebih baik dari tahun 2015.


Antara ibubapa yang hadir dalam majlis ini.


Antara aktiviti yang dirancang pada tahun ini.






Encik Nazli sedang mengendalikan agenda pemilihan AJK yang baru serta menerangkan program-program yang telah dijalankan pada tahun lepas dan yang akan dijalankan pada tahun ini. Cikgu Nazli anatara orang yang banyak telah menyumbang tenaga dalam program kecemerlangan UPSR sekolah dan dalam PIBG. Hubungan dan kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa dan pihak sekolah tidak pernah beliau jalankan tanpa membuahkan hasil.




Cikgu Azmi sedang mencatat nama bagi pemilihan JK yang baru.


Monday, 18 January 2016

MAKLUMAN GURU PENYELARAS FROG VLE SEKOLAH


Dapatan Taklimat Penyelaras Frog VLE 2016 yang diadakan pada 17 Januari 2016, bertempat di Dewan Seminar SK Temenggong Abdul Rahman, 2.00 petang tadi.

Berikut adalah pautan Analytics penggunaan (login) VLE guru dan sekolah, Borang Laporan Speedtest dan Penghasilan Laman Pembelajaran VLE yang perlu diisi secara manual dan online seperti link dibawah ini. Bahan akan diberikan didalam kumpulan TELEGRAM ICT VLE SEGAMAT.

Taklimat bahagian 4 ini disampaikan oleh Encik Azman Jauhari, JU PKG Segamat. Untuk makluman taklimat Bahagian 1, 2 dan 3 boleh dimuat turun disini. Terima kasih.









Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available