Pada 28hb Januari yang lalu, pihak pentadbiran dan kurikulum sekolah telah mengadakan perjumpaan bersama ibubapa pelajar tahun dalam Program Permuafakatan Ibubapa Pelajar Tahun 6. Program tahunan ini dijalankan untuk mencapai kata sepakat antara ibubapa pelajar tahun 6 dengan pihak pentadbiran sekolah. Program yang dirancangkan dibawah salah satu program peningkatan UPSR pelajar sekolah ini, telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Permata, SK Felda Redong.
Antara agenda yang dijalankan ialah taklimat Tuan Guru Besar mengenai UPSR 2015 dan harapan untuk UPSR 2016. Pendedahan kepada penataran UPSR 2016 juga telah dijelaskan secara teperinci oleh Cikgu Mohamad Sharil.
Seterusnya program lantikan JK Majlis Permuafakatan Ibubapa dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini. Diharapkan dengan kerjasama ibubapa dan penjaga yang telah memberikan komitmen mereka kepada anak-anak dan sekolah, akan membuahkan hasilnya.
Berikut adalah rakaman sepanjang peristiwa.
Jawatankuasa Pendaftaran, Puan Zaiton dan Puan Azizan. Puan Masdian (baju hijau) ditugaskan sebagai pengacara majlis untuk hari ini. Manakala Cikgu Hairul Faizi sedang leka mendengar taklimat dari Tuan Guru Besar,
Taklimat dari Tuan Guru Besar dan sekaligus meletakkan harapnnya agar SK Felda Redong dapat mencapai keputusan UPSR yang lebih baik dari tahun 2015.
Antara ibubapa yang hadir dalam majlis ini.
Antara aktiviti yang dirancang pada tahun ini.
Encik Nazli sedang mengendalikan agenda pemilihan AJK yang baru serta menerangkan program-program yang telah dijalankan pada tahun lepas dan yang akan dijalankan pada tahun ini. Cikgu Nazli anatara orang yang banyak telah menyumbang tenaga dalam program kecemerlangan UPSR sekolah dan dalam PIBG. Hubungan dan kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa dan pihak sekolah tidak pernah beliau jalankan tanpa membuahkan hasil.
Cikgu Azmi sedang mencatat nama bagi pemilihan JK yang baru.