Laman Blog Rasmi Sekolah

Tuesday, 24 November 2015

TUTORIAL MEMASUKKAN BERITA DAN GAMBAR



Kepada guru-guru yang ingin memasukkan maklumat, berita, gambar atau info berkaitan, sila muat turun tutorial cara memasukkan berita dan gambar pada link berikut. Memandangkan muat turun mengandungi maklumat sekolah sila dapatkan password untuk memuat turun dari Encik Muhamad Nor Syafiq Bin Nor Elias, Penyelaras Unit ICT.


HARI APRESIASI 2015

Pada 17hb Oktober yang lalu, SK Felda Redong telah mengadakan program Hari Apresiasi 2015. Hari Apresiasi merupakan satu hari di mana pihak pentadbiran dan guru-guru sekolah menghargai kejayaan akademik dan ko akademik pelajar-pelajar SK Felda Redong, Segamat sepanjang tahun 2015. 

Penganugerahan mereka disatukan didalam satu program dan segala bentuk kejayaan pelajar akan dianugerahi sijil dan trofi. Pemilihan dan penganugerahan tokoh  pelajar juga diberikan kepada pelajar yang menunjukkan karisma mereka sepanjang berada di sekolah ini. 

Misi Hari Apresiasi ini ialah untuk memberikan penghargaan dan anugerah sebagai tanda terima kasih pihak sekolah atas kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah ini selain sebagai satu bentuk semangat dan motivasi pelajar-pelajar untuk terus berjaya dimasa hadapan.

Manakala visi Hari Apresiasi ini pula ialah, demi merialisasikan misi program ini kami akan menganugerahkan sijil dan trofi kepada pelajar terbaik dan memberikan pengiktirafan yang bersesuaian untuk meningkatkan semangat dan motivasi pelajar.

Program ini telah dirasmikan oleh wakil YB Encik Anuar Bin Manap dan diserikan dengan kehadiran Pengrurus Felda Redng 1 dan YDP PIBG SK Felda Redong. Hari Apresiasi telah diselaraskan oleh Puan Fazliyati Bt Ishak.

Lakaran dan hasil untuk pentas Hari Apresiasi yang bertemakan Pink Romantika.



Buku program Hari Apresiasi 2015.




Majlis Hari Apresiasi 2015 dan pengumuman keputusan UPSR.











Persembahan pelajar "Asmarada" yang telah dilatih oleh guru praktikum dari IPG Tun Hussein Onn, Pn Fazlina.









Antara gambar-gambar guru yang sempat diambil sebelum program bermula.


Penghargaan

Urusetia dan Ahli Jawatankuasa Program Hari Apresiasi 2015, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program tahunan ini. 

Tidak lupa juga sekalung budi buat YB Tuan Anuar Bin Abd. Manap, Ahli Parlimen Sekijang, kerana telah sudi merasmikan majlis kami pada kali ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak dalam kelancaran program kami ini.

Akhir sekali, tahniah kami ucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah pada hari ini dan semoga kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang tahun ini dapat dikekalkan pada masa yang akan datang.

Harapan kami juga agar majlis ini telah berjaya mencapai objektifnya dan diteruskan lagi pada masa hadapan.




Monday, 23 November 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BARU

JK ICT Sekolah Kebangsaan Felda Redong telah membangunkan satu blog baru bagi menggantikan blog sekolah yang lama dibawah inisiatif Ustaz Amran Bin Ab Shukor yang mahukan pembangunan sekolah selari dengan pembagunan ICT. Dengan dasar itu, Unit ICT dibawah kelolaan Encik Muhammad Nor Syafiq dan JK Blog sekolah telah membangunkan blog baru ini.

Harapan kami, blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk mengetahui tentang maklumat sekolah dan guru-guru kami, pelajar-pelajar kami serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah kami. Selain itu, matlamat kami adalah untuk menjadikan blog sekolah ini sebagai "one stop centre" untuk guru-guru sekolah kami mendapatkan maklumat, memuat turun bahan serta berkongsi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Oleh yang demikian, guru-guru boleh berhubung dengan JK kami untuk bantuan  memuat naik bahan-bahan yang berkaitan dengan sekolah.


Blog lama masih boleh dilayari di laman blog : SK LKTP Redong, Segamat

Monday, 15 July 2013

SICSEF 2013 di SAMURA

Pada 6hb Julai 2013, seramai 5 orang pelajar ( 3 pelajar tahun 6 dan 2 pelajar tahun 5 ) dari sekolah ini telah dijemput untuk menghadiri majlis SICSEF anjuran SM Sains Muar. Ditemani oleh 2 orang guru pengiring ( Cikgu Syafiq Elias dan Cikgu Fitrie Othman ) dan turut hadir, Cikgu Kamaruddin Bin Ali, Guru Besar SK Felda Redong, kami telah disambut baik bersama-sama jemputan-jemputan dari sekolah anak angkat SM Sains Muar.



Kami bertolak dari Felda Redong jam 6.15 petang dan tiba kira-kira jam 8.00 malam. Kehadiran kami dialu-alukan oleh pelajar-pelajar SM Sains Muar yang pernah mengikuti program Jom Masuk Kampung beberapa bulan yang lalu. Kami dibawa kebilik menunggu dan dijamu dengan makanan ringan sebelum kami dibawa ke dewan tempat berlangsungnya program malam kebudayaan sempena SICSEF.

SICSEF atau International Cultural, Science and Education Festival merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh SM Sains Muar. Program yang kali ketiga dijalankan ini melibatkan beberapa buah negara seperi Malaysia, Brunei, Indonesia dan Thailand. Antara program yang dijalankan ialah kuiz Sains dan pendidikan, sukan dan malam kebudayaan.

Kami dijemput untuk menyaksikan malam kebudayaan dimana pertandingan zapin antara pelajar-pelajar negara yang terlibat. Kami juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dari negara-negara yang terlibat seperti Tarian Menora ( Thailand ), Tarian Kurik Kundi ( Indonesia ), Tarian dari pelajar-pelajar SM Sains Sabah, Koir dan Dikir Barat SAMURA dan banyak lagi. Kami juga terhibur dengan gelagat peserta-peserta dalam pertandingan zapin dimana mereka mempunyai beberapa jam sahaja untuk mempelajari tarian zapin dan mempersembahkannya pada malam itu.








Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam dan sebelum kami bergerak pulang, kami sempat bergambar kenang-kenagan bersama Tuan Haji Samian Sawiyo, Pengetua SM Sains Muar dan kakak dan abang angkat Program Jom Masuk Kampung.

Monday, 14 January 2013

Asslamualaikum,Pihak Pentadbiran dan Warga SK Felda Redong mengucapkan tahniah kepada cikgu Mohamad Din Bin Abdullah kerana dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar SK Pekan Air Panas berkuatkuasa pada 26 Disember 2012.Pihak warga kerja sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tenaga dan idea beliau sepanjang bertugas di sekolah ini.Semoga sukses di tempat baru.Begitu juga dengan pertukaran cikgu Suria Binti Abdullah Sangguro yang telah pun bertukar ke SK Majidi Baru, Johor Bahru berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.Kedua-dua guru berkenaan telah diraikan dalam satu majlis perpisahan yang diadakan pada 12 Januari 2013 di Bilik Gerakan sekolah.Tahniah dan semoga maju jaya di tempat bertugas yang baru.Sekolah juga telah menerima seorang lagi guru j-Qaf iaitu cikgu  Azieta Binti Mohd Ariff yang telah pun memulakan tugas dan hadir mesyuarat pengurusan pertama pada 26 Disember 2012 yang lalu.Beliau anak tempatan Redong dan bekas murid sekolah ini.Juga sekolah ini menerima seorang lagi ustaz dalam latihan j-Qaf bernama Mohd Hafiz Bin Ahmad Fo'ad yang datangnya dari Ipoh,Perak.Semoga kedua-duanya dapat menjalankan tugas dengan dedikasi.

Thursday, 27 December 2012

Melindungi Masa Instruksional

Masa Instruksional bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
Masa instruksional  perlu dilindungi. Menurut Levin dan Tsang (1987) melindungi masa instruksional  (MMI) melibatkan 4 elemen :
a)  Masa Persekolahan (Allocated schooling time) : Jumlah masa murid hadir ke sekolah.
b)   Masa Bilik Darjah (Allocated class time) : Jumlah masa murid berada dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan.
c)  Masa Instruksional (Instructional time) : Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pergurusan rekod dan lain-lain)
d)  Masa Pembelajaran Akademik (Academik learning time) : Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.
 
 

Tuesday, 25 December 2012

Tentatif Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Assalamualaikum,berikut adalah tentatif mesyuarat yang akan dijalankan pada 26 Disember 2012

Jam 8.00 pagi - 9.00 pagi            -  Taklimat Pengurusan Cuti dan Perakan Waktu
Jam 9.00 pagi - 10.00 pagi          -  Taklimat Kewangan dan Bajet
Jam 10.00 pagi - 10.30 pagi        - Kudapan
Jam 10.30 pagi - 12.30 tgh          - Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Jam 12.30 tgh - 2.00 ptg              - Jamuan Tengah Hari dan Solat Zohor
Jam 2.00 ptg - 4.00 ptg.               - Mesyuarat Kurikulum

Pada 27 Disember 2012

Jam 8.00 pagi   - 10.00 pagi - Mesyuarat Pengurusan HEM
Jam 10.00 pagi  - 10.30 pagi - Kudapan
Jam 10.30 pagi  - 12.30 tgh   - Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum
Jam 12.30 tgh.  - 2.00 ptg     - Jamuan dan Solat Zohor
Jam 2.00 ptg  - 3.00 ptg        - Mesyuarat Panitia BM,BI,AI,SN
Jam 3.00 ptg -  Jam 4.00 ptg - Mesyuarat Panitia MT,KT,KH,PSV,PSK

Pada 28 dan 29 Disember 2012 - Diminta semua rakan-rakan membantu Cg Mohd Nazli dan Cg Sharil menguruskan jualan buku dan peralatan sekolah.Juga melakukan persediaan dan persiapan mengurus kelas-kelas agar kerusi dan meja mencukupi dan lebihkan sekurang-kurangnya 5 buah.

Pada 31 Disember 2012 - Minggu orientasi murid Pra Sekolah dan Tahun 1.Diminta semua rakan guru membantu guru-guru berkenaan agar perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

Diharapkan semoga semua rakan guru dapat menepati masa yang ditetapkan agar perjalanan majlis berjalan lancar tanpa ralat.Sekian untuk makluman semua.Terima kasih daripada GPK 1.
Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available