Masa Instruksional bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
Masa instruksional perlu dilindungi. Menurut Levin dan Tsang (1987) melindungi masa instruksional (MMI) melibatkan 4 elemen :
a) Masa Persekolahan (Allocated schooling time) : Jumlah masa murid hadir ke sekolah.
b) Masa Bilik Darjah (Allocated class time) : Jumlah masa murid berada dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan.
c) Masa Instruksional (Instructional time) : Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pergurusan rekod dan lain-lain)
d) Masa Pembelajaran Akademik (Academik learning time) : Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan atau bermakna.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas komen / pandangan / pendapat anda. Hubungi admin melalui ruangan HUBUNGI ADMIN. Terima kasih.