SK Felda Redong telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Februari ini antaranya MSSK, pelajar mewakili sekolah ke pertandingan-pertandingan peringkat zon, latihan pelajar untuk persediaan sukan MSSK, mesyuarat-mesyuarat, LDP dan berjalan-jalan melawat tapak lokasi perkhemahan dan sebagainya.
Sila buat laporan dan masukkan gambar-gambar aktiviti di dalam blog sekolah sebagai perkongsian kepada ibubapa, pelajar dan guru-guru yang tidak terlibat atau sebagai makluman kepada semua pelawat blog sekolah ini.
JK Dokumentasi hendaklah menyerahkan laporan ringkas dan gambar kepada jawatankuasa blog sekolah (Cikgu Rosdi) untuk memuat naik berita kelaman blog sekolah. Sekiranya ingin memuat naik sendiri, cara-cara memuat naik bahan berita telah diberikan di dalam tutorial sebelum ini.
Berita anda tanggungjawab anda. JK Blog Sekolah hanya menyelaras blog, menjawab maklum balas blog dan yang berkaitan dengan pembangunan blog dan bukan sebagai wartawan sampingan. Perkongsian berita dan makluman anda boleh mengelakkan dari Blog Laman Rasmi SK Felda Redong ini menjadi kosong dan tidak bermanfaat kepada pengunjung blog terutamanya pelajar dan ibubapa.
Admin Blog Sekolah juga bersedia memberikan bengkel muat naik berita dan bahan secara percuma (dan tanpa kos tersembunyi) jika berminat. Ibarat kata Tuan Guru Besar, Ikhlas Itu Hebat.
Harap maklum.
Tutorial Memuat Naik Berita Keluaran 1 (11 Februari 2011)
Tutorial Memuat Naik Bahan Berita Keluaran 2 ( 23 November 2015)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih diatas komen / pandangan / pendapat anda. Hubungi admin melalui ruangan HUBUNGI ADMIN. Terima kasih.