Kadang kala kita memerlukan scanner atau pengimbas untuk mengimbas gambar-gambar atau dokumen untuk kegunaan dan keperluan seharian kita. Tapi bagaimana pula jika pengimbas kita rosak atak kita berada diluar dan tidak mempunyai pembimbas. Kini, anda boleh mengimbas apa sahaja dan menjadikan imbasan anda terus kepada format .pdf. Caranya? Tini Scanner.
Tiny Scanner ialah aplikasi (apps) yang boleh dimuat turun dari laman web atau Google Play anda. Cuma taipkan Tiny Scanner dan muat turun ke telefon pintar anda.
Bagaimana gunakan Tiny Scanner melalui telefon pintar anda? Berikut adalah tutorial Tiny Scanner oleh Unit ICT Redong.
Pertama, muat turun aplikasi Tiny Scanner dari Google Play atau Apps Store.
Install App ini didalam telefon pintar anda
Icon Tiny Scanner akan muncul di paparan telefon pintar anda
Buka app Tiny Scanner anda dan pilih samada untuk mengambil gambar atau gambar dari galeri anda
Ambil gambar dokumen yang anda ingin imbas dan seteleh gambar diambil, adjust paparan seperti diatas mengikut apa yang anda hendaki.
Setelah berpuas hati dengan kawasan yang ingin diimbas dari gambar yang telah diambil, klik simbol (tick)
Pilih untuk adjust imbasan anda tadi dan klik simbol (tick)
Tukarkan nama fail seperti di atas dan klik simbol (tick)
Gambar yang diambil tadi telah diimbas dan telah di format sebagai .pdf. Klik simbol 'Share' untuk menghantar gambar yang telah diimbas tadi.
Pilih untuk menghantar ke destinasi anta - e-mail, Googlr Drive dll.
Mudah bukan? Selamat mencuba.
Tutorial oleh:
Cikgu Muhamad Nor Syafiq Bin Nor Elias
Penyelaras ICT / JK ICT Redong / Penyelaras Frog VLE