Laman Blog Rasmi Sekolah

Tuesday, 20 September 2011

Kursus Hujung Tahun

Setelah tamat peperiksaan UPSR maka bermulalah kursus-kursus untuk KSSR Tahun 2.Minggu ini bermula 5 - 9 September 2011,kursus KSSR Bahasa Arab dijalankan.Sekolah ini melalui cikgu Nurhanani Ramlan menjalani kursus berkenaan.Ini diikuti pada 19 - 23 September kursus KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 dijalankan.Kursus ini diwakili oleh ustazah Najmiah Ghani.Begitu juga kursus Bahasa Inggeris dijalankan pada 20 - 22 September 2011 di SMKA Segamat.Kemudian pada minggu hadapan 26 - 30 September kursus Dunia Seni Visual dan Muzik dijalankan.Sekolah ini diwakili oleh cikgu Hushiyani untuk Dunia Seni dan cikgu Aspa Rizal untuk kursus Muzik.
Keadaan ini akan mengganggu proses Pembelajaran dan Pengajaran.Namun sebagai guru kita kenalah akur akan keadaan sedemikian.Kerjasama kalangan guru untuk menggantikan kelas ketika ketiadaan guru disebabkan kursus amatlah diharapkan.Ajarlah sesuatu untuk manfaat murid kita.Janganlah dibiarkan murid kita membuat kerja sendiri.Kalau kita mahir dalam pengajaran yang ada pada kita,curahkanlah ilmu demi kebaikan anak murid kita.
Jangan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada ketua kelas untuk mengawal kelas.Kita perlu masuk dan usahakanlah sesuatu agar murid kita memperoleh ilmu.Kalaulah dalam kelas itu ada anak kita dan kita biarkan begitu sahaja akan sia-sialah mereka ke sekolah.Diharapkan agar semua rakan guru menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita demi anak-anak didik kita.

Takziah untuk ustaz

Takziah untuk ustas Mohd Giman dan ahli keluarganya atas pemergian ayahanda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.Disedekahkan fatihah untuk arwah semoga rohnya mendapat rahmat daripada Allah dan bersama di kalangan orang yang soleh.

Pihak telah membuat kutipan derma kilat untuk sumbangan tanda simpati.Guru Besar bersama tiga rakan guru telah pergi ke rumah keluarga ustaz Mohd Giman di Palong Negeri Sembilan.Mereka terdiri daripada cikgu Mohd Nazli,cikgu Badrol Hissam dan cikgu Noralazmi.

Diharapkan agar ustaz dan ahli keluarga beliau bersabar dengan ujian Allah dan redhakanlah pemergian ayahanda tercinta.

Thursday, 15 September 2011

UPSR akan berlalu

Kepada calon UPSR hari ini hari ke 3 dan terakhir kamu hadapi peperiksaan.Kalangan ibu bapa dan penjaga diucapkan terima kasih kerana hadir untuk sama-sama mengiringi calon dan mendoakan agar semua calon dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan menjawab dengan tepat soalan yang diberikan.

Guru Besar yang berkursus selama 3 hari di Muar begitu teruja dan terkesima sekali untuk bersama calon-calon. Selama 3 hari ini beliau menggunakan handphone untuk memberikan kata-kata semangat agar calon-calon dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan nama baik sekolah.

Selain itu,Pegawai Pelajaran Daerah juga datang ke sekolah dan bertemu calon-calon dengan memberikan kata-kata semangat agar calon-calon buat yang terbaik dengan tenang.Begitu juga Hj.Omar Sulaiman,Ketua Penyelia Kawasan Segamat Selatan telah datang melawat dan memberikan kata-kata semangat kepada calon dan buat yang terbaik.

Tak lupa diucapkan terima kasih kepada tuan imam Tn.Hj.Mohd Amin yang turut bersama ibu bapa dan meminpin bacaan Yassin dan solat hajat.Ucapan terima kasih juga untuk En Ali Bin Osman,Pengurus Felda Redong selaku bapa calon UPSR yang sanggup mengambil cuti selama 3 hari untuk sama-sama mengiringi anaknya dan mendoakan kejayaan khas untuk anaknya dan semua anak-anak Felda Redong.

Semua rakan guru khasnya guru tahun enam sama-samalah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga diberikan kejayaan kepada semua murid kita.Usaha dan ikhtiar kita tu kita serahkan kepada Allah yang menentukannya.Mudah-mudahan Allah membuka hijabnya untuk kita semua.Insya Allah.

Thursday, 8 September 2011

Makluman

Seramai 5 orang guru sekolah ini akan bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan UPSR 2011. Mereka terdiri daripada:-
1.Pn.Zainon Binti Arshad - ke SK Seri Bali,Chaah
2.En.Rosdi Bin Tugiman - ke SK Kampung Tengah
3.En.Mohamad Sharil Bin Baharom - ke SK Pekan Air Panas
4.Pn.Rosmawati Binti Osman - ke SK Segamat Baru
5.En.Aspa Rizal Bin Mahmood - ke SK Labis.

Wednesday, 7 September 2011

Demam UPSR bermula

Hari ini bermulalah Dewan Sri Permata dikemaskini untuk persediaan menghadapi UPSR.Murid Tahun Enam mula mengangkat meja dan kerusi atas arahan SU Peperiksaan Cikgu Norhafizah dengan kerjasam rakan-rakan  guru tahun enam.

Kedudukan meja dan kerusi diukur mengikut sfesikasi yang telah ditetapkan.Meja ditampal nama calon dan calon menyemak kedudukan masing-masing.Setelah itu calon diberikan taklimat sebelum,semasa dan selepas peperiksaan UPSR.

Diharapkan apa yang disampaikan semua calon memahami dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti.Semoga semua calon dikurniakan kesihatan yang baik dan mempunyai minda yang cerdas dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

Tuesday, 6 September 2011

Tugas dan Amanah

Setiap guru empunya tugas dan amanah yang diberikan.Apabila sesuatu tugas dan amanah yang diberi hendaklah dilakukan dengan penuh rasa bertanggungjawab dan ikhlas.Memang sukar hendak mengetahui seseorang itu ikhlas atau tidak kerana penilaiannya di tangan Allah.

Apabila kita telah ditakdirkan menjadi seorang guru maka hendaklah kita lakukan kerja dengan dedikasi dan bertanggungjawab.Dalam hal ini sudah menjadi kewajipan seorang guru apabila tiba di sekolah hendaklah mendaftar kehadiran dibuku kedatangan guru mengikut masa dan tandatangan.Tidak boleh dilakukan oleh orang lain untuk menulisnya.Begitu juga masa pulang atau balik,perlu dicatatkan masanya.Ini semua sebagai prosedur dan langkah keselamatan diri guru tersebut.

Seterusnya sebagai guru perlu mengemaskini Buku Rekod Mengajar.Rancangan Pelajaran Tahunan perlu sedia ada dan Rancangan Pelajaran Harian perlu dilengkapkan sebelum kita mula mengajar pada setiap hari waktu kita bekerja.Jangan ambil mudah atau ambil ringan dalam hal sedemikian.Tiada alasan bagi seorang guru mengatakan lupa atau tak siap untuk menulis buku rekod mengajar.Buku rekod perlu dihantar ke pejabat untuk disemak oleh Guru Besar atau GPK.Ini semua adalah prosedur yang sepatutnya telah diketahui oleh semua guru.Tak perlulah hendak diingat-ingatkan selalu atau hendak dibebelkan kerana ini tugas kita sebagai guru.

Lagi satu kalau kita tak dapat datang atau ada masalah maklumkan lebih awal kepada pentadbir.Selesaikanlah masalah yang dihadapi dengan rasa selesa.Tak perlu rasa takut atau susah hati nak beritahu hal sebenar.Segalanya boleh dibincangkan dan diselesaikan.Bukan apa kalau beritahu lewat.sukar bagi pentadbir hendak mengatur jadual ganti.Maklumkan secara personal bukan ada orang pengantaraan. Apabila segala yang kita buat ini betul dan telus tiada rasa tertekan di jiwa dan kita dapat bekerja dengan rasa selesa dan santai walaupun kita dibebani dengan tugas yang berat.

Selain itu,masuklah ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan.Pastikan kelas yang kita mengajar di dalamnya bersih dengan muridnya yang siap sedia untuk menerima ilmu yang kita sampaikan.Pastikan suasana kelas kondusif dengan susunan meja yang teratur,papan hitam yang bersih,susunan buku dan carta yang kemaskini dan sebagainya.Pastikan kehadiran murid di dalam kelas mencukupi,dan bertanya ke mana murid yang tiada ketika itu sama ada tidak datang atau keluar kelas.Barulah kita mulakan mengajar dengan harapan agar murid kita menerima apa yang kita ajarkan.Sentiasa berdampingan dengan murid dan ambil tahu tentang reaksi murid sebelum,semasa dan selepas kita mengajar.

Jadikanlah kerja-kerja kita ini sebagai amal ibadah kita kepada Allah yang Esa.Sesungguhnya jika kita bekerja dengan niat untuk mencari keredhaan Allah banyak hikmah yang akan kita peroleh.Segalanya akan dipermudahkan Allah.Tempat kerja kita akan selamat dan ceria,anak didik kita ramai yang  berjaya dan rakan setugas kita pun berasa gembira dengan kita.


Monday, 5 September 2011

Selamat Kembali semula ke sekolah

Hari ini Isnin 5/9/2011 sekolah bermula selepas bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri dan cuti pertengahan penggal ke 2.Selamat bertugas kepada semua guru dan selamat belajar kepada semua murid sekolah ini.Untuk murid Tahun Enam teruskan usaha anda kerana ada 8 hari lagi Peperiksaan UPSR akan berlangsung.Dalam jangka masa yang singkat ini kamu dikehendaki menjaga kesihatan dan keselamatan agar kamu sentiasa siap siaga dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Malang sungguh dalam pada diperingati ada juga kalangan murid tahun 6 Alfa yang tidak hadir ke sekolah hari ini. Diberitakan seorang daripadanya mengalami kecederaan jatuh motor ketika berhari raya.Pelajar berkenaan bernama Muhamad Firdaus Hakimi Bin Abd Aziz.Seorang lagi yang tidak hadir bernama Firzanah Aniesya.Tak tahu apa sebabnya.Tidak ada maklumat tentang ketidakhadirannya.

Untuk makluman semua yang mengikuti perkembangan sekolah ini, pada hari Khamis malam Jumaat.Program Solat Hajat Perdana akan diadakan di Masjid Jame' Felda Redong.Dijemput kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM bersama ibu bapa dan penjaga untuk hadir ke majlis ini untuk kita sama-sama berniat agar semua pelajar tersebut mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing.Harap maklum dan disebarkan kepada warga Felda Redong.

Pada hari Jumaat 9/9/2011 pula satu program lawatan ke SM Sains Muar akan diadakan.Semua murid tahun enam bersama ibu bapa angkat SAMURA akan berangkat ke sekolah berkenaan sebagai balasan lawatan sekolah berkenaan dalam program Jom Masuk Kampung pada bulan Jun yang lalu.Kami akan berangkat pada jam 8.30 pagi dengan dua buah bas yang disewa khas dan dijangka balik pada lewat petang.

Pada hari Isnin 12/9/2011 akan diadakan pula Program Restu Ilmu dan diadakan di Makmal Komputer.Dijemput ibu bapa calon UPSR untuk hadir ke majlis ini dan bersama-sama dengan guru-guru yang mengajar tahun enam untuk merestui ilmu atau apa sahaja kepada calon UPSR agar mereka dipermudahkan laluan dan ujian ketika menghadapi UPSR nanti.

Pada 13-15/9/2011 Peperiksaan UPSR akan berlangsung.Kepada ibu bapa atau penjaga yang ingin hadir ke sekolah pada hari berkenaan pihak sekolah amat mengalu-alukan dan program bacaan yassin serta solat hajat akan diadakan pada awal waktu semasa UPSR dijalankan.Hari Khamis pula calon akan mengambil ujian penilaian bermula jam 3.00 hingga 4.30 petang.
Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available