Setelah tamat peperiksaan UPSR maka bermulalah kursus-kursus untuk KSSR Tahun 2.Minggu ini bermula 5 - 9 September 2011,kursus KSSR Bahasa Arab dijalankan.Sekolah ini melalui cikgu Nurhanani Ramlan menjalani kursus berkenaan.Ini diikuti pada 19 - 23 September kursus KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 dijalankan.Kursus ini diwakili oleh ustazah Najmiah Ghani.Begitu juga kursus Bahasa Inggeris dijalankan pada 20 - 22 September 2011 di SMKA Segamat.Kemudian pada minggu hadapan 26 - 30 September kursus Dunia Seni Visual dan Muzik dijalankan.Sekolah ini diwakili oleh cikgu Hushiyani untuk Dunia Seni dan cikgu Aspa Rizal untuk kursus Muzik.
Keadaan ini akan mengganggu proses Pembelajaran dan Pengajaran.Namun sebagai guru kita kenalah akur akan keadaan sedemikian.Kerjasama kalangan guru untuk menggantikan kelas ketika ketiadaan guru disebabkan kursus amatlah diharapkan.Ajarlah sesuatu untuk manfaat murid kita.Janganlah dibiarkan murid kita membuat kerja sendiri.Kalau kita mahir dalam pengajaran yang ada pada kita,curahkanlah ilmu demi kebaikan anak murid kita.
Jangan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada ketua kelas untuk mengawal kelas.Kita perlu masuk dan usahakanlah sesuatu agar murid kita memperoleh ilmu.Kalaulah dalam kelas itu ada anak kita dan kita biarkan begitu sahaja akan sia-sialah mereka ke sekolah.Diharapkan agar semua rakan guru menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita demi anak-anak didik kita.