Laman Blog Rasmi Sekolah

Wednesday 17 February 2016

RIANG RIA MILO

Hari ini, sekolah kami didatangi oleh lori Milo - salah satu perkara yang bukan sahaja pelajar gemari, tetapi juga ditunggu-tunggu oleh warga sekolah. Sebelum itu, tahukah kamu sejarah Milo yang menjadi salah satu minuman kegemaran di Malaysia ini?

Pengguna Milo di Malaysia ialah pengguna Milo tertinggi di dunia dengan jumlah 90 peratus. Kilang Milo terbesar di dunia ada di Malaysia. Sehingga ketika ini, Milo terkenal dengan cogan kata : "Minum MILO Anda Jadi Sihat Dan Kuat!". Cogan kata ini membuat Milo menjadi jenama awam untuk minuman kerana menyihatkan dan memberikan kuasa penuh untuk sesiapa yang menggunakannya. Milo kali pertama dilancarkan ke pasaran Malaysia pada tahun 1950. Sempena Sukan Komanwel 1998, Milo menambah cogan katanya menjadi "Malaysia Boleh!".


Menurut laman blog ini, minuman milo tercipta pada 1930-an ketika kemelesetan ekonomi bagi membantu kanak-kanak mendapat nutrisi yang secukupnye. Minuman ini dicipta oleh Thomas Mayne seorang pekerja kimia industri di NESTLE dengan menggunakan kemahirannya dalam kegunaan susu serta koko. Beliau bekerja di Sydney, Australia & tarikh tepat mengatakan beliau mencipta Milo pada 1934.

Mama Milo diambil sempena nama Atlit Greek iaitu Milon atau Milo yang kuat. Milo of Croton ini terkenal kerana hebat dalam perlawanan gusti di Sukan Olimpik Greek dan telah memenangi sebanyak 6 kali! Memang sesuai sangat bagi nama Milo, baru la peminumnya kuat bersukan. Milo juga dikaitkan dengan seorang lagi orang hebat iaitu Pythagoras, seorang ahli matematik yang rumusnya masih kita belajar sampai sekarang, kerana menyelamatkan pythagoras ketika bumbung rumahnya hampir runtuh dan berkemungkinan berkahwin dengan anak pythagoras, Myia.

Berikut adalah rakaman peristiwa riang ria Milo di SK (Felda) Redong.







Minum Milo anda jadi sihat dan kuat.







Tuan Guru Besar sedang melayani pekerja MILO.


"Nak lagi!" antara ungkapan pelajar tahun 1 ini.



Ustaz Amal yang kelihatan begitu gembira ketika beratur untuk mendapat MILO sejuk ditengah hari yang hangat. Kelihatan juga Cikgu Hairul Faizi yang agak bersedia untuk menikmati minuman ini.


Antara guru-guru dan pekerja swasta (dan seorang pekerja sambilan pemegang payung MILO - baju hijau muda (Admin Blog Sekolah - Cikgu Syafiq - hahaha) sedang memerhatikan dan mengawal pelajar untuk mendapatkan minuman masing-masing.














1 comment:

  1. Terima kasih kepada Syarikat Nestle yang telah mengunjungi SK Felda Redong dan melepaskan rasa dahaga dan kepuasan warga sekolah. Semoga kunjungan ini akan dapat diteruskan dalam program Sukan Tahunan 2016 akan datang.

    ReplyDelete

Terima kasih diatas komen / pandangan / pendapat anda. Hubungi admin melalui ruangan HUBUNGI ADMIN. Terima kasih.

Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

Blog Archive

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available