Laman Blog Rasmi Sekolah

Tuesday 20 September 2011

Kursus Hujung Tahun

Setelah tamat peperiksaan UPSR maka bermulalah kursus-kursus untuk KSSR Tahun 2.Minggu ini bermula 5 - 9 September 2011,kursus KSSR Bahasa Arab dijalankan.Sekolah ini melalui cikgu Nurhanani Ramlan menjalani kursus berkenaan.Ini diikuti pada 19 - 23 September kursus KSSR Pendidikan Islam Tahun 2 dijalankan.Kursus ini diwakili oleh ustazah Najmiah Ghani.Begitu juga kursus Bahasa Inggeris dijalankan pada 20 - 22 September 2011 di SMKA Segamat.Kemudian pada minggu hadapan 26 - 30 September kursus Dunia Seni Visual dan Muzik dijalankan.Sekolah ini diwakili oleh cikgu Hushiyani untuk Dunia Seni dan cikgu Aspa Rizal untuk kursus Muzik.
Keadaan ini akan mengganggu proses Pembelajaran dan Pengajaran.Namun sebagai guru kita kenalah akur akan keadaan sedemikian.Kerjasama kalangan guru untuk menggantikan kelas ketika ketiadaan guru disebabkan kursus amatlah diharapkan.Ajarlah sesuatu untuk manfaat murid kita.Janganlah dibiarkan murid kita membuat kerja sendiri.Kalau kita mahir dalam pengajaran yang ada pada kita,curahkanlah ilmu demi kebaikan anak murid kita.
Jangan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada ketua kelas untuk mengawal kelas.Kita perlu masuk dan usahakanlah sesuatu agar murid kita memperoleh ilmu.Kalaulah dalam kelas itu ada anak kita dan kita biarkan begitu sahaja akan sia-sialah mereka ke sekolah.Diharapkan agar semua rakan guru menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita demi anak-anak didik kita.

Takziah untuk ustaz

Takziah untuk ustas Mohd Giman dan ahli keluarganya atas pemergian ayahanda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.Disedekahkan fatihah untuk arwah semoga rohnya mendapat rahmat daripada Allah dan bersama di kalangan orang yang soleh.

Pihak telah membuat kutipan derma kilat untuk sumbangan tanda simpati.Guru Besar bersama tiga rakan guru telah pergi ke rumah keluarga ustaz Mohd Giman di Palong Negeri Sembilan.Mereka terdiri daripada cikgu Mohd Nazli,cikgu Badrol Hissam dan cikgu Noralazmi.

Diharapkan agar ustaz dan ahli keluarga beliau bersabar dengan ujian Allah dan redhakanlah pemergian ayahanda tercinta.

Thursday 15 September 2011

UPSR akan berlalu

Kepada calon UPSR hari ini hari ke 3 dan terakhir kamu hadapi peperiksaan.Kalangan ibu bapa dan penjaga diucapkan terima kasih kerana hadir untuk sama-sama mengiringi calon dan mendoakan agar semua calon dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan menjawab dengan tepat soalan yang diberikan.

Guru Besar yang berkursus selama 3 hari di Muar begitu teruja dan terkesima sekali untuk bersama calon-calon. Selama 3 hari ini beliau menggunakan handphone untuk memberikan kata-kata semangat agar calon-calon dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan nama baik sekolah.

Selain itu,Pegawai Pelajaran Daerah juga datang ke sekolah dan bertemu calon-calon dengan memberikan kata-kata semangat agar calon-calon buat yang terbaik dengan tenang.Begitu juga Hj.Omar Sulaiman,Ketua Penyelia Kawasan Segamat Selatan telah datang melawat dan memberikan kata-kata semangat kepada calon dan buat yang terbaik.

Tak lupa diucapkan terima kasih kepada tuan imam Tn.Hj.Mohd Amin yang turut bersama ibu bapa dan meminpin bacaan Yassin dan solat hajat.Ucapan terima kasih juga untuk En Ali Bin Osman,Pengurus Felda Redong selaku bapa calon UPSR yang sanggup mengambil cuti selama 3 hari untuk sama-sama mengiringi anaknya dan mendoakan kejayaan khas untuk anaknya dan semua anak-anak Felda Redong.

Semua rakan guru khasnya guru tahun enam sama-samalah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga diberikan kejayaan kepada semua murid kita.Usaha dan ikhtiar kita tu kita serahkan kepada Allah yang menentukannya.Mudah-mudahan Allah membuka hijabnya untuk kita semua.Insya Allah.

Thursday 8 September 2011

Makluman

Seramai 5 orang guru sekolah ini akan bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan UPSR 2011. Mereka terdiri daripada:-
1.Pn.Zainon Binti Arshad - ke SK Seri Bali,Chaah
2.En.Rosdi Bin Tugiman - ke SK Kampung Tengah
3.En.Mohamad Sharil Bin Baharom - ke SK Pekan Air Panas
4.Pn.Rosmawati Binti Osman - ke SK Segamat Baru
5.En.Aspa Rizal Bin Mahmood - ke SK Labis.

Wednesday 7 September 2011

Demam UPSR bermula

Hari ini bermulalah Dewan Sri Permata dikemaskini untuk persediaan menghadapi UPSR.Murid Tahun Enam mula mengangkat meja dan kerusi atas arahan SU Peperiksaan Cikgu Norhafizah dengan kerjasam rakan-rakan  guru tahun enam.

Kedudukan meja dan kerusi diukur mengikut sfesikasi yang telah ditetapkan.Meja ditampal nama calon dan calon menyemak kedudukan masing-masing.Setelah itu calon diberikan taklimat sebelum,semasa dan selepas peperiksaan UPSR.

Diharapkan apa yang disampaikan semua calon memahami dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti.Semoga semua calon dikurniakan kesihatan yang baik dan mempunyai minda yang cerdas dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

Tuesday 6 September 2011

Tugas dan Amanah

Setiap guru empunya tugas dan amanah yang diberikan.Apabila sesuatu tugas dan amanah yang diberi hendaklah dilakukan dengan penuh rasa bertanggungjawab dan ikhlas.Memang sukar hendak mengetahui seseorang itu ikhlas atau tidak kerana penilaiannya di tangan Allah.

Apabila kita telah ditakdirkan menjadi seorang guru maka hendaklah kita lakukan kerja dengan dedikasi dan bertanggungjawab.Dalam hal ini sudah menjadi kewajipan seorang guru apabila tiba di sekolah hendaklah mendaftar kehadiran dibuku kedatangan guru mengikut masa dan tandatangan.Tidak boleh dilakukan oleh orang lain untuk menulisnya.Begitu juga masa pulang atau balik,perlu dicatatkan masanya.Ini semua sebagai prosedur dan langkah keselamatan diri guru tersebut.

Seterusnya sebagai guru perlu mengemaskini Buku Rekod Mengajar.Rancangan Pelajaran Tahunan perlu sedia ada dan Rancangan Pelajaran Harian perlu dilengkapkan sebelum kita mula mengajar pada setiap hari waktu kita bekerja.Jangan ambil mudah atau ambil ringan dalam hal sedemikian.Tiada alasan bagi seorang guru mengatakan lupa atau tak siap untuk menulis buku rekod mengajar.Buku rekod perlu dihantar ke pejabat untuk disemak oleh Guru Besar atau GPK.Ini semua adalah prosedur yang sepatutnya telah diketahui oleh semua guru.Tak perlulah hendak diingat-ingatkan selalu atau hendak dibebelkan kerana ini tugas kita sebagai guru.

Lagi satu kalau kita tak dapat datang atau ada masalah maklumkan lebih awal kepada pentadbir.Selesaikanlah masalah yang dihadapi dengan rasa selesa.Tak perlu rasa takut atau susah hati nak beritahu hal sebenar.Segalanya boleh dibincangkan dan diselesaikan.Bukan apa kalau beritahu lewat.sukar bagi pentadbir hendak mengatur jadual ganti.Maklumkan secara personal bukan ada orang pengantaraan. Apabila segala yang kita buat ini betul dan telus tiada rasa tertekan di jiwa dan kita dapat bekerja dengan rasa selesa dan santai walaupun kita dibebani dengan tugas yang berat.

Selain itu,masuklah ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan.Pastikan kelas yang kita mengajar di dalamnya bersih dengan muridnya yang siap sedia untuk menerima ilmu yang kita sampaikan.Pastikan suasana kelas kondusif dengan susunan meja yang teratur,papan hitam yang bersih,susunan buku dan carta yang kemaskini dan sebagainya.Pastikan kehadiran murid di dalam kelas mencukupi,dan bertanya ke mana murid yang tiada ketika itu sama ada tidak datang atau keluar kelas.Barulah kita mulakan mengajar dengan harapan agar murid kita menerima apa yang kita ajarkan.Sentiasa berdampingan dengan murid dan ambil tahu tentang reaksi murid sebelum,semasa dan selepas kita mengajar.

Jadikanlah kerja-kerja kita ini sebagai amal ibadah kita kepada Allah yang Esa.Sesungguhnya jika kita bekerja dengan niat untuk mencari keredhaan Allah banyak hikmah yang akan kita peroleh.Segalanya akan dipermudahkan Allah.Tempat kerja kita akan selamat dan ceria,anak didik kita ramai yang  berjaya dan rakan setugas kita pun berasa gembira dengan kita.


Monday 5 September 2011

Selamat Kembali semula ke sekolah

Hari ini Isnin 5/9/2011 sekolah bermula selepas bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri dan cuti pertengahan penggal ke 2.Selamat bertugas kepada semua guru dan selamat belajar kepada semua murid sekolah ini.Untuk murid Tahun Enam teruskan usaha anda kerana ada 8 hari lagi Peperiksaan UPSR akan berlangsung.Dalam jangka masa yang singkat ini kamu dikehendaki menjaga kesihatan dan keselamatan agar kamu sentiasa siap siaga dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Malang sungguh dalam pada diperingati ada juga kalangan murid tahun 6 Alfa yang tidak hadir ke sekolah hari ini. Diberitakan seorang daripadanya mengalami kecederaan jatuh motor ketika berhari raya.Pelajar berkenaan bernama Muhamad Firdaus Hakimi Bin Abd Aziz.Seorang lagi yang tidak hadir bernama Firzanah Aniesya.Tak tahu apa sebabnya.Tidak ada maklumat tentang ketidakhadirannya.

Untuk makluman semua yang mengikuti perkembangan sekolah ini, pada hari Khamis malam Jumaat.Program Solat Hajat Perdana akan diadakan di Masjid Jame' Felda Redong.Dijemput kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM bersama ibu bapa dan penjaga untuk hadir ke majlis ini untuk kita sama-sama berniat agar semua pelajar tersebut mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing.Harap maklum dan disebarkan kepada warga Felda Redong.

Pada hari Jumaat 9/9/2011 pula satu program lawatan ke SM Sains Muar akan diadakan.Semua murid tahun enam bersama ibu bapa angkat SAMURA akan berangkat ke sekolah berkenaan sebagai balasan lawatan sekolah berkenaan dalam program Jom Masuk Kampung pada bulan Jun yang lalu.Kami akan berangkat pada jam 8.30 pagi dengan dua buah bas yang disewa khas dan dijangka balik pada lewat petang.

Pada hari Isnin 12/9/2011 akan diadakan pula Program Restu Ilmu dan diadakan di Makmal Komputer.Dijemput ibu bapa calon UPSR untuk hadir ke majlis ini dan bersama-sama dengan guru-guru yang mengajar tahun enam untuk merestui ilmu atau apa sahaja kepada calon UPSR agar mereka dipermudahkan laluan dan ujian ketika menghadapi UPSR nanti.

Pada 13-15/9/2011 Peperiksaan UPSR akan berlangsung.Kepada ibu bapa atau penjaga yang ingin hadir ke sekolah pada hari berkenaan pihak sekolah amat mengalu-alukan dan program bacaan yassin serta solat hajat akan diadakan pada awal waktu semasa UPSR dijalankan.Hari Khamis pula calon akan mengambil ujian penilaian bermula jam 3.00 hingga 4.30 petang.

Sunday 28 August 2011

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Menurut jumhur ulama, zakat fitrah mesti dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras.

Apakah zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Mana kala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).

Biasanya amil atau pusat pungutan zakat menerima bayaran zakat fitrah dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada yang berhak dalam bentuk beras.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.[HR Abu Daud]

Salam 'idil Fitri

Menghidupkan Malam Hari Raya
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya hatinya tidak mati pada hari hati-hati lain mati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).

Orang perempuan juga digalakkan menghadiri perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat, dapat dengar khutbah.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

Makan dahulu sebelum pergi solat 'idil Fitri.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

Bertakbir
Nabi S.A.W bertakbir pada 'idil fitri bermula dari keluar dari rumah sehingga sampai di tempat solat hari raya. (HR Baihaqi)

Salam 'idil Fitri dari Warga SK LKTP Redong untuk semua umat Islam Sedunia.
Maaf Zahir dan batin.

Taqabbalallahu minna wa minkum. (Moga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

Tentatif Sekolah untuk calon UPSR

30 Ogos 2011 - Hari Raya Aidil Fitri
31 Ogos 2011 - Cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidil Fitri
1 - 4 September 2011 - Berhari Raya sambil mengulangkaji pelajaran
5 - 7 September 2011   -  Pecutan Akhir dan Teknik Menjawab Soalan
8 September 2011 - Solat Hajat Perdana UPSR, di Masjid Nurul Falah Felda Redong
9 September 2011  -  Kunjung Balas SAMURA (ke SM Sains Muar sempena Program Jom Masuk Kampung)
12 September 2011  - Majlis Restu untuk Calon UPSR (di Makmal Komputer )
13 - 15 September 2011  - UPSR dijalankan(Bacaan Yassin oleh guru dan ibu bapa calon awal pagi)
16 September 2011  - Cuti 1 Malaysia
19 September 2011 - Bermula Program Selepas UPSR hingga akhir Persekolahan (rujuk jadual program)
22 September 2011 - Pelancaran Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah
7 - 9 September 2011 - Program Perkhemahan Perdana - Ulu Bendul Kuala Pilah
17 November 2011 - Hari Apresiasi * (pindaan)
21 - 23 November 2011 - Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi

Saturday 27 August 2011

Majlis Khatam Quran dan Ifta Ramadhan 2011

MajlisKhatam Quran dan Ifta Ramdhan telah diadakan pada 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432 H. Semua murid tahun 6 menyertai program ini bersama peserta tadarus Quran daripada murid tahun 4 dan 5.Majlis bermula jam 5.00 petang di mana murid tahun 3,4,5 dan 6 berkumpul di Dataran Kejat.Pada jam 5.30 petang semua murid bergerak ke PDK Felda Redong untuk memulakan perarakan.Pasukan kompang sekolah mengiringi semua peserta khatam Quran.Semua guru bersama keluarga telah hadir ke majlis ini.Perarakan masuk ke Dewan Sri Permata disertai masuk bersama Cikgu Kamaruddin,Guru Besar SK LKTP Redong.Antara tetamu yang turut hadir adalah Pengurus Felda Redong,Encik Ali Bin Osman,Encik Mohd Jefri Bin Tusiman,YDP  PIBG,Encik Mohd Ariff Naib YDP PIBG,Encik Jamanon selaku Pengerusi Permuafakatan Ibu Bapa Tahun Enam.Majlis bermula dengan kata aluan pengerusi majlis Cikgu Mohamad Sharil Bin Baharom. Bacaan doa dipimpin oleh Cikgu Hj.Sulaiman Md Yusof GPK 1.Kemudian bermulalah majlis khatam Quran bawah pimpinan Cikgu Hj.Sulaiman bersama Ustaz Mohd Giman bersama peserta tadarus dan murid Tahun Enam. Selepas itu diadakan penyampaian cenderahati kepada peserta khatam Quran Tahun Enam dan para tetamu jemputan.Kemudian,semua warga dewan ke balai bacaan dan kantin sekolah untuk berbuka puasa.Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Majlis yang telah menjayakan program ini dengan lancarnya.



























































Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available