Laman Blog Rasmi Sekolah

Wednesday 17 February 2016

LAWATAN BIMBINGAN FASI LINUS DAN MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI KE 3/2016

Pada 17 Februari, kami dikunjungi oleh pegawai Fasi LINUS dari PPD Segamat untuk bimbingan dan pemantauan pelaksanaan LINUS disekolah. Pegawai Fasi LINUS Bahasa Inggeris (Pn Laili Roosmarina) dan Bahasa Melayu (Encik Nasrul Huda dan Puan Norhafizah), telah berbincang bersama pentadbiran sekolah dan guru bahasa untuk memantapkan lagi pengurusan dan pelaksanaan p&p dan LINUS di sekolah. Kami warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas kunjung bantu pihak tuan.




Pada jam 2.00 petang pula, pihak pentadbiran telah mengadakan mesyuarat kurikulum kali ke 3. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ust Amran Bin Ab Shukor, Guru Besar SK Felda Redong, telah membentangkan dapatan dari mesyuarat Perhimpunan Professional bersama KPPD di SKJC Jementah pada 16 Februari. Antara intipati mesyuarat tersebut ialah tentang pencapaian sekolah (UPSR 2015) dan harapan KPPD kepada pihak sekolah serta pencapaian LINUS yang harus melepasi KPI yang ditetapkan. 

Selain itu, beliau juga menyentuh tentang sekolah peluasan PAK21. Beliau meminta agar guru-guru bersedia untuk menjalankan PAK21 di dalam kelas dan akan mengadakan lawatan ke sekolah rintis PAK21 - SK Gemereh dan SK Medini, Nusajaya.

Beliau juga membentangkan tentang ZON Kurikulum Tenang dimana, SK Felda Redong memegang 3 portfolio iaitu sebagai pengerusi Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, Pengerusi PAS dan Pengerusi Panitia RBT/TMK. Sebagai pengerusi Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, beliau memaklumkan juga MTQSS Zon Tenang akan diadakan pada 9-31 Mac. Program motivasi bagi Zon Kurikulum Tenang akan dijalankan pada 28 Februari ini di SK Sawah Baru - yang akan melibatkan 10 orang pelajar.

Sebelum mesyuarat berakhir, beliau memaklumkan bahawa sekolah kita juga memerlukan 'trademark' atau mercu tanda yang boleh menjadikan ikon dan pengenalan kepada sekolah kita. Oleh itu, beliau juga meminta agar kami memikirkan apakah ikon yang sesuai untuk dijadikan 'trademark' atau mercu tanda sekolah. Beliau juga menerangkan 'tagline' bagi guru besar ialah "Ikhlas Itu Hebat".





1 comment:

  1. Semoga kunjungan pegawai fesilinus PPD Segamat dapat membantu meningkatkan pencapaian KPI dalam saringan 1 dan 2 bagi tahun 2016 ini. Wujudkan perkongsian ilmu dalam menyelesaikan masalah. Ikhlas itu hebat.

    ReplyDelete

Terima kasih diatas komen / pandangan / pendapat anda. Hubungi admin melalui ruangan HUBUNGI ADMIN. Terima kasih.

Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

Blog Archive

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available