Laman Blog Rasmi Sekolah

Friday 25 February 2011

Bicara Hati Tuan Guru Besar

Makluman kepada guru-guru SK LKTP Redong khasnya, ruangan Bicara Hati Tuan Guru Besar SK LKTP Redong, telah kemaskini. Sila lawati laman Bicara Hati Cikgu Kamaruddin Bin Ali. Bahan-bahan boleh dimuat turun dengan hanya klik di link yang disediakan.


Sekian, harap maklum.

Admin 

Wednesday 23 February 2011

Program Gotong Royong Perdana 2011

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK PIBG dalam mesyuarat AJKnya pada 6 Januari 2011 telah memutuskan untuk mengadakan Program Gotong Royong Perdana. Ianya diadakan bertujuan memupuk kerjasama dikalangan semua ahli PIBG. Disamping itu dapat meningkatkan kebersihan, keselamatan dan keceriaan sekolah.

Tarikh : 26 FEBRUARI 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : SK LKTP Redong, Segamat


Bil
Jenis Kerja
Alatan
Kawasan
Penyelaras
1.
Membersih, membaja, browning, memetik buah sawit
Pahat, tajak, cangkul, parang
Kebun kelapa sawit
En Noralazmi, En Nizam, AJK PIBG
2.
Menutuh dahan pokok
Gergaji mesin, kapak dan parang
Depan sekolah
En Mohd Nazli, En Mohd Jefri, AJK PIBG
3.
Membersihkan kelas dan bilik bilik khas
Penyapu, kain lap
Bilik bilik khas, bilik bilik darjah
Guru-guru kelas, AJK PIBG
4.
Membersihkan dedaun & sampah dipersekitaran sekolah
Penyapu, pengeruk, kereta sorong
Keliling sekolah
Pekerja sekolah, AJK PIBG
5.
Membersihkan parit
Cangkul
Keliling Sekolah
Pekerja Sekolah, AJK PIBG

Monday 14 February 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2011




Kami, warga SK LKTP Redong, mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 2011 / 1432 Hijrah kepada semua warga kerja sekolah, ibubapa, pelajar dan komuniti sekolah.




Friday 11 February 2011

LARIAN PERDANA MAHKOTA


Larian Perdana Mahkota SK LKTP Redong akan diadakan pada hari esok jam 7.30 pagi. Jadi bersama-samalah kita menjayakan larian Perdana Mahkota Perdana yang akan diadakan serentak oleh pelajar-pelajar seluruh negeri Johor.


UPDATE : Larian Perdana Mahkota ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memdapat sambutan dari ibu bapa dan penjaga pelajar SK LKTP Redong. Tahniah buat semua.

Thursday 10 February 2011

MAKLUMAN KAJIAN TINDAKAN

Semua guru diharap dapat menghantar tajuk kajian tindakan kepada penyelaras kajian tindakan sekolah atau kepada Cg Fitrie Othman untuk dihantar ke PPD. Tajuk kajian hendaklah tepat dengan kajian yang hendak dibuat serta mempunyai tajuk yang menarik atau 'catchy' sekiranya boleh.

Borang akan disediakan dan diletakkan di atas meja Cg Fitrie pada hari esok ( 11 Februari 2011 ). Tarikh akhir penghantaran TAJUK kajian tindakan yang anda ingin laksanakan ialah pada 27 Februari 2011.


Maklumat lanjut dan pengesahan rujuk Laman Web Rasmi PPD Segamat. Harap maklum.


In teaching you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years.

~ Jacques Barzun ~

TAHNIAH PASUKAN KRIKET SEKOLAH



Kami warga SK LKTP Redong, Segamat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kriket Kancil SK LKTP Redong, Segamat kerana telah menjadi johan peringkat daerah 2011. Wakil pasukan kriket kancil yang diketuai oleh Mohd Arif, tahun 6 Alfa dan dibawah bimbingan Cg Norrasid Bin Hamsan ( jurulatih ), Cg Hairul Faizi Bin Muhamad ( pengurus pasukan ) dan Cg Noralazmi Bin Mokhtar, Cg Mohamad Sharil Bin Bahrom.

Pasukan kriket kancil sekolah ini telah mengekalkan kejayaan sebagai johan daerah sejak belasan tahun yang lalu. Tahun ini, SK LKTP Redong menewaskan SK Kg Jawa pada pusingan pertama dan menundukkan SK Sawah Baru pada pusingan ketiga sebelum mengekalkan status juara untuk kesekian kalinya.

Seterusnya, pasukan ini akan ke SM Sains Muar, Ledang untuk ke pertandingan peringkat negeri pada 18 – 20 Februari 2011. Semoga kejayaan akan menyusul dengan iringan doa guru-guru dan ibubapa serta kerja keras ahli-ahli kriket kancil serta komitmen guru-guru yang melatih pasukan kriket kancil ini.


Kami, warga SK LKTP Redong, sekali lagi merakamkan jutaan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat kerana telah mengharumkan nama sekolah diperingkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri dan kebangsaan. TAHNIAH!

Tuesday 8 February 2011

Manual Memuat Naik Artikel Ke Dalam Blog Sekolah

Guru-guru SK LKTP Redong digalakkan untuk memuat naik bahan dan artikel yang berkaitan dengan sekolah, pengumuman dan sebagainya ke dalam blog ini. Dengan ini, disertakan Manual Asas Memuat Naik Artikel khas untuk rujukan guru-guru SK LKTP Redong. Edisi terhad kepada guru-guru sekolah ini sahaja. Dapatkan password dari webmaster sekolah.



English Day Activity

Dear pupils, one of the activities that the English Panitia has planned is the Tongue Twister. Tongue Twister is a phrase that is deliberately designed to be difficult to say correctly, usually because of varying combinations of similar phonemes. In other words, a tricky phrase to say. For your English Day activities, we want you to try to say these sentences aloud!

TRICKY TONGUE TWISTER


Thirty sly thick thugs sought thirty slightly thin slugs;
Did thirty sly thick thugs seek thirty slightly thin slugs?
If thirty sly thick thugs sought thirty slightly thin slugs,
How many slightly thin slugs did thirty sly thick thugs seek?

Wednesday 2 February 2011

Poster Tips Penguasaan Bahasa Inggeris

 Kepada pelajar-pelajar SK LKTP Redong, Cikgu Fitrie telah menyediakan satu poster tips pengusaan Bahasa Inggeris yang mana pelajar-pelajar boleh 'copy' dan 'print' serta tampal dimeja belajar kamu semua. Harapan cikgu agar kamu mempraktikan tips ini mulai hari ini juga. :)

Muat Turun Brochure Kajian Tempatan


Kepada guru-guru yang berminat untuk memuat turun brosur Panitia Kajian Tempatan SK LKTP Redong, boleh lah berbuat demikian. Klik pada link yang disediakan di bawah ini. Edisi terhad kepada guru-guru SK LKTP Redong sahaja, khususnya guru subjek Kajian Tempatan. Password yang digunakan adalah seperti yang telah diberikan.



Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available