Laman Blog Rasmi Sekolah

Thursday 7 January 2016

RANGKUMAN PROGRAM SEPANJANG MINGGU 1

Sebagaimana umum sedia maklum, sesi persekolahan tahun 2016 telah bermula pada 3 Januari. Walau bagaimana pun, guru-guru SK Felda Redong, Segamat telah mula bertugas pada 28 Disember 2015, dimulai dengan mesyuarat pentadbiran, kurikulum dan ko kurikulum. Selain itu, panitia matapelajaran juga telah mengadakan mesyuarat untuk merancang aktiviti tahunan dan membincangkan perkara-perkara berkaitan kurikulum seperti analisis UPSR, kaedah p&p dan lain-lain.

Kutipan duit buku dan yuran telah diadakan pada 31 Disember hingga 1 Januari. Kutipan dan jualan buku telah dijalankan di kantin sekolah dan jualan buku di Kedai Buku Sekolah. Encik Nazli, selaku guru yang bertanggungjawab telah mengadakan taklimat tentang kutipan duit buku dan yuran PIBG di Bilik Mesyuarat pada 30 Disember yang lalu.

Pendaftaran tahun 1 telah diadakan pada 1 Januari di dewan Seri Permata, SK Felda Redong. Ibubapa telah dimaklumkan tentang perjalanan Program Transisi dimana ianya akan dijalankan selama 3 minggu, bermula pada 3 Januari hingga 21 Januari.

Banyak aktiviti telah dirancang untuk menarik minat pelajar ke sekolah selain untuk menyesesuaikan diri pelajar dengan persekitaran yang baru, bersesuai dengan objektif dan matlamat Program Transisi.

Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi di Dewan Seri Permata yang juga disertai oleh sebilangan ibubapa pelajar baru dan lawatan dari pihak PPD Segamat, dimana Encik Rasid Bin Hamsan menjadi wakil pemantauan hari pertama persekolahan.

Dalam perhimpunan tersebut juga, pihak sekolah telah memberikan sumbangan beg sekolah yang di taja oleh Parlimen Sekijang. Hari pertama persekolahan telah berjalan dengan jayanya tanpa sebarang isu dan masalah. Program Penyayang juga telah digerakkan oleh Encik Muhamad Nor Syafiq, dengan mengadakan program bersalaman bersama dengan semua guru. Guru-guru bersalaman dengan semua pelajar sambil mengucapkan selamat datang, serta beramah mesra dan bergurau dengan pelajar-pelajar yang bersalaman.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang minggu ini.

Pendaftaran taklimat Program Transisi



Encik Ahmad Amaluddin sedang mengambil nama di meja pendaftaran



Mesyuarat pertama pentadbiran


Perhimpunan rasmi yang dikendalikan oleh Encik Mohamad Sharil.


Lawatan wakil KPPD Segamat melawat ke Prasekolah.



Program pemberian sumbangan beg sekolah dari Parlimen Sekijang.

Aktiviti Program Penyayang kelolaan Encik Muhammad Nor Syafiq





Tuan PPD Pendidikan Islam, Ecik Baharuddin (bekas GPK Ko SKFR), bersama wakil PPD untuk pemantauan hari pertama persekolahan, En Rasid Hamsan (Fasi Linus) bersama dengan Ustaz Amran, GB SK Felda Redong, semasa aktiviti Guru Penyayang.




Antara aktiviti Program Transisi sepanjang minggu ini.






Taklimat Program Transisi dan Taklimat SPBT oleh Puan Fazliyati dan Encik Norhanizan.







Sesi P&P mantap dari guru-guru SK Felda Redong sepanjang minggu pertama persekolah, walaupun sibuk dengan pelbagai tugas.



Balloon Toss Game - Unit 1 Family Day Year 4 - Encik Norhanizan


Eksperimen Belon Panas Sains Tahun 6 - Puan Zaiton



Unit 1 Family Day - Making sandwiches (following instructions) Year 4 oleh Cik Mia.






3 comments:

Terima kasih diatas komen / pandangan / pendapat anda. Hubungi admin melalui ruangan HUBUNGI ADMIN. Terima kasih.

Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

Blog Archive

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available