Laman Blog Rasmi Sekolah

Tuesday 24 November 2015

HARI APRESIASI 2015

Pada 17hb Oktober yang lalu, SK Felda Redong telah mengadakan program Hari Apresiasi 2015. Hari Apresiasi merupakan satu hari di mana pihak pentadbiran dan guru-guru sekolah menghargai kejayaan akademik dan ko akademik pelajar-pelajar SK Felda Redong, Segamat sepanjang tahun 2015. 

Penganugerahan mereka disatukan didalam satu program dan segala bentuk kejayaan pelajar akan dianugerahi sijil dan trofi. Pemilihan dan penganugerahan tokoh  pelajar juga diberikan kepada pelajar yang menunjukkan karisma mereka sepanjang berada di sekolah ini. 

Misi Hari Apresiasi ini ialah untuk memberikan penghargaan dan anugerah sebagai tanda terima kasih pihak sekolah atas kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah ini selain sebagai satu bentuk semangat dan motivasi pelajar-pelajar untuk terus berjaya dimasa hadapan.

Manakala visi Hari Apresiasi ini pula ialah, demi merialisasikan misi program ini kami akan menganugerahkan sijil dan trofi kepada pelajar terbaik dan memberikan pengiktirafan yang bersesuaian untuk meningkatkan semangat dan motivasi pelajar.

Program ini telah dirasmikan oleh wakil YB Encik Anuar Bin Manap dan diserikan dengan kehadiran Pengrurus Felda Redng 1 dan YDP PIBG SK Felda Redong. Hari Apresiasi telah diselaraskan oleh Puan Fazliyati Bt Ishak.

Lakaran dan hasil untuk pentas Hari Apresiasi yang bertemakan Pink Romantika.



Buku program Hari Apresiasi 2015.




Majlis Hari Apresiasi 2015 dan pengumuman keputusan UPSR.











Persembahan pelajar "Asmarada" yang telah dilatih oleh guru praktikum dari IPG Tun Hussein Onn, Pn Fazlina.









Antara gambar-gambar guru yang sempat diambil sebelum program bermula.


Penghargaan

Urusetia dan Ahli Jawatankuasa Program Hari Apresiasi 2015, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program tahunan ini. 

Tidak lupa juga sekalung budi buat YB Tuan Anuar Bin Abd. Manap, Ahli Parlimen Sekijang, kerana telah sudi merasmikan majlis kami pada kali ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak dalam kelancaran program kami ini.

Akhir sekali, tahniah kami ucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah pada hari ini dan semoga kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang tahun ini dapat dikekalkan pada masa yang akan datang.

Harapan kami juga agar majlis ini telah berjaya mencapai objektifnya dan diteruskan lagi pada masa hadapan.




1 comment:

  1. Tahniah dan syabas atas penganjuran dan pelaksanaan Majlis Apresiasi SKFR yang amat menarik bertemakan pink dan amat bermakna kepada semua warga Felda Redong.

    ReplyDelete

Terima kasih diatas komen / pandangan / pendapat anda. Hubungi admin melalui ruangan HUBUNGI ADMIN. Terima kasih.

Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available