Laman Blog Rasmi Sekolah

Wednesday 23 March 2011

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011

Pada 11 Mac yang lalu, SK LKTP Redong telah menjalankan program sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Program yang telah dijalankan sehari sebelum majlis ialah program 'rewang' atau sesi persediaan menyediakan bahan untuk dimasak.


Kami bertuah kerana pada mulanya, hanya menu ayam yang akan disediakan. Walau bagaimana pun, rezeki kami semua bertambah murah apabila ada dua individu yang menyumbangkan seekor lembu ( Cikgu Harith ) dan seekor kambing ( Puan Noni ). Ini menjadikan proses rewang kami menjadi lebih meriah dengan aktiviti melapah daging lembu dan kambing.


Pada malam tersebut juga, kami dihidangkan dengan sup tulang yang telah dimasak oleh tukang masak masjid Redong. Ada diantara guru-guru kami yang berjaga di sekolah hingga jam lima pagi.



 Majlis maulidur rasul kami dimulakan dengan para pelajar berkumpul di dewan sekolah selepas mereka bersarapan di kantin. Majlis yang sepatutnya dimulakan dengan perarakkan terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Walau bagaimanapun, majlis tetap dapat diteruskan dengan suasana yang meriah tapi bersederhana. Selepas program motivasi bersama guru besar dijalankan bagi menggantikan program berarak dan berselawat, pelajar semua disajikan dengan program ceramah bersama penceramah jemputan dari PPD Segamat. Turut memeriahkan majlis ialah Pengurus Felda Redong, Imam Felda Redong serta pengerusi PIBG sekolah.




 Selepas tamat program ceramah yang dijalankan, pelajar mula bergerak ke tempat parkir kereta untuk mendapatkan makanan yang disediakan oleh ajk masakan dan guru-guru SK LKTP Redong.

Turut dijalankan sempena majlis maulidur rasul ini ialah pertandingan mewarna untuk tahap satu dan pertandingan membuat poster sempena maulidur rasul ini. Johan untuk pertandingan membuat poster tahap dua ialah kelas 5 Alfa dibawah bimbingan guru kelasnya, Cikgu Mohd Sharil Bin Baharom.

Semoga ukhwah yang terjalin dalam program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan. Tahniah untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan majlis yang dimuliakan ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa, guru, AJK PIBG dan YB Ayub dan orang ramai yang telah banyak menyumbangkan wang ringgit dan tenaga untuk menjayakankan majlis ini.








No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas komen / pandangan / pendapat anda. Hubungi admin melalui ruangan HUBUNGI ADMIN. Terima kasih.

Initiated by Mia Antasha. Powered by Blogger.

HUBUNGI ADMIN

Name

Email *

Message *

Followers

PELAWAT

TEMPLATE E-BRM

TEMPLATE E-BRM
(KLIK PADA GAMBAR)

LOGIN FROG VLE

PENTADBIR SEKOLAH

PENTADBIR SEKOLAH
Ust Amran Ab Shukor | Guru Besar SK Felda Redong Segamat

PETA LOKASI

PETA LOKASI
Peta lokasi SK Felda Redong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGUMUMAN



Perancangan Strategik Semua Panitia boleh dimuat turun dari galeri muat turun.

JK SPSK akan menjalankan semakan fail SPSK dan Panitia selepas cuti bermula 20 MAC 2016. Sila beri kerjasama.

Mulai Februari 2016, semua berita dan laporan akan dimasukkan oleh Setiausaha program terbabit. Admin Blog Rasmi Sekolah hanya akan menyelenggara laman blog sahaja. Terima kasih.

Admin
Syafiq Elias
Rosdi Tugiman

Penulis Jemputan

Fitrie Othman

Hubungi Kami

SK Felda Redong
85000 Segamat
Johor Darul Takzim

Tel : 07-9291900
Fax : 07-9291900
E-mail : skredong@gmail.com


PENAFIAN


Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan data atau maklumat yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Pihak kami melarang mana-mana bahan di dalam blog ini untuk diterbitkan semula di dalam blog-blog atau laman-laman site yang lain tanpa kebenaran bertulis kepada pihak kami. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terbabit dalam menerbitkan semula bahan-bahan dan maklumat di dalam blog ini.






TERKINI DARI WEB PPD SEGAMAT

Lokasi Sekolah

SK Felda Redong, Segamat terletak 32km dari bandar Segamat dan 27km dari pekan Labis. Klik sini : Peta Lokasi untuk peta lokasi sekolah.
click me to reveal the contact form

Get in touch with us:

Name

Email *

Message *

We're Sorry

This blog is no longer available